
Salam jihad!
Alhamdulillah, suasana pada hari ni aman. Hujan yang turun membasahi padang pasir di sini membawa rahmat Ilahi.
Tanggal 28 Januari, lahirnya seorang pemuda bernama Mohamad Ashraf.. Siapakah gerangan pemuda tersebut..? itulah abangku. Moga Allah panjangkan umur, murahkan rezeki seiring dengan amalan soleh kepada beliau.
Tapi yang aku bawa entry kali ni suatu yang bersejarah dalam hidup pada tanggal itu, hari Jumaat, seluruh rangkaian internet dan rangkaian telefon diputuskan hubungan.
"Kebangkitan Rakyat Mesir"
Kelmarin, khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Dr. Sheikh Yusof al-Qardhawi sungguh bersemangat membicarakan tentang situasi yang berlaku di Mesir khususnya dan negara Arab amnya.
Beliau menyeru agar rakyat negara masing2 meneruskan usaha penggulingan pemimpin mereka.
Tapi berbeza pula dengan Mufti Mesir, Sheikh Ali Jum'ah. Beliau menyeru agar semua berhenti berdemonstrasi.
Kedua-duanya mempunyai alasan yang tersendiri.
Anda fikirlah sendiri.
Keadaan kami di sini masih selesa dan selamat. Kepada keluargaku di sana, jangan risaukan keadaan daku sini.
Aku setakat ni masih menunggu berita untuk bertolak ke Jeddah.
Belum tahu lagi bila. Menanti dan terus menanti..
Sekian.

0 kRiTiK:
Post a Comment