13 March 2011

SaTu sEjaRaH

Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah, pujian hanya layak untuk Allah SWT, yang mentadbir sekalian alam.

Selawatku ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Peristiwa demi peristiwa, pengalaman demi pengalaman bisa mematangkan jiwa untuk terus hidup menghambakan diri kepada Allah Azza Wa Jalla.

Sudah lama kurasakan tidak menaip perkataan ke satu perkataan untuk ditatapi pembaca laman Pena Sufi ini. Sebulan sudah. Ya sebulan. Begitu lama. Hinggakan dari Mesir ke Jeddah, dari Jeddah ke Malaysia. Dan dari Malaysia kembali ke Mesir semula, baru aku menulis kembali dalam .::blogammar::. ni. Entri kali ni lebih kepada diari hidupku sepanjang sebulan sebagai satu catatan memoir yang bermakna.

Peristiwa yang menjadi sejarah dalam kamus hidup aku baru2 ni adalah pulang ke Tanah Air kerana berlaku satu revolusi di tanah tempat aku belajar ni. Aku adalah salah seorang ‘mangsa’ Ops Piramid, tiga penjuru. Mesir, Jeddah, Malaysia. 6hb Februari menjadi tarikh berharga pada aku. Lepas itu seminggu pula berada di bumi Jeddah. Setelah berada dalam ‘penjara’ tersebut, pulanglah ke pangkuan ibu pertiwi tercinta pada tanggal 13hb. Baru 4 bulan lebih aku berada di bumi Mesir, sudah balik pula ke Malaysia.

Pada 12hb Februari lalu, tumbanglah satu kerajaan Arab yang ber’akar’ selama 23 tahun lamanya. Alhamdulillah syukur kerana Hosni Mubarak itu sudah tak layak memimpin Ardhul Anbiya tersebut. Sorakan gembira rakyat Mesir itu bagaimanapun tidak lama. Kisahnya anda bacalah sendiri. Setakat aku menulis ni, Libya masih lagi dalam peperangan antara rakyat dan tentera. Negara2 Arab lain masih dalam keadaan tidak begitu diharapkan. Yaman, Bahrain, Tunisia dan sebagainya. Moga2 semua itu berlaku ada satu hikmah yang baik untuk kita. Dalam Kitab Taklim Muta’allim ada menyebut, kita harus bersabar dalam cabaran, ujian yang berlaku di luar negara tempat kita belajar. Semua tu ada disebut oleh ulama silam dahulu. Aku bersyukur kerana dipilih untuk berada dalam ujian itu.

Asus X42JR Core i7menjadi milik aku pada 16hb Feb yang lalu. Aku harapkan Allah dapat pimpin untuk aku gunakan laptop ni bermanfaat untuk diri dan agama. Tanggal 19hb Februari pula adalah tarikh keramat bagi aku dan kembarku. Satu tarikh kami keluar mencelik mata melihat dunia, tarikh ketika kami bersetuju dalam satu perjanjian dengan Allah ketika tangisan pertama tercipta. Hari Ulangtahun kami lahir di dunia sebagai hamba Allah selama 20 tahun. Ucapan buat diri sendiri dan kembarku; “Selamat Hari Lahir Ammar Afifi dan Asma Afifah, semoga sentiasa dimurahkan rezeki, dipanjang umur seiring dengan amalan soleh, sentiasa diredhai Allah akan setiap pekerjaan yang kamu lakukan” amiiin. J

Pada tarikh 22hb Februari lepas, pelajar Mesir yang menetap di dalam kawasan Padang Terap diadakan satu perjumpaan dengan MP Padang Terap, YB Ustaz Nasir Zakaria di rumah beliau. Hampir 30 orang yang hadir. Perjumpaan dengan MB Ustaz Azizan pula pada tarikh 27hb Februari di Dewan MBAS di Alor Setar. Ramai sungguh yang datang, lebih seribu orang. Antara pengumuman yang diberikan adalah kos penerbangan ke Mesir ditanggung dan pemberian sagu hati oleh kerajaan Negeri sebanyak RM500. Alhamdulillah. Tapi yang tak bestnya balik awal sangat, rasa tak sempat nak jumpa saudara mara dan sahabat2. Apa2 pun kena syukur la.

Hari 27hb Februari juga merupakan hari lahir adik bongsu aku, Adik Afif. Kudoakan semoga beliau panjang umur, dan bahagia dunia dan akhirat. Beliau sekarang ni sedang menuntut ilmu di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, tingkatan 3.

Mesir sekarang ni masih lagi dalam keadaan sejuk. Tapi bunga di pokok dah pun semakin bertambah. Menunjukkan musim itu semakin hampir. Habis bulan Mac ni, tamatlah musim sejuk. Tanah ni belum sepenuhnya aman lagi. Maksud aku belum betul2 stabil. Rusuhan mungkin akan berlaku lagi. Wallahua’lam.

Baru-baru ni, dunia dikejutkan dengan bencana tsunami di Jepun pada tarikh 11hb Mac. Setakat ni meragut nyawa lebih 10,000 orang. Bertambah parah lagi, radiasi nuclear akan merebak ke kawasan sekitar. PM Jepun dah isytiharkan darurat pada kawasan yang berdekatan dengan nuclear tu. Moga Allah pelihara mereka dan campakkan nur hidayah pada penduduk Jepun tersebut. Allah..

Setakat ni dulu blog ni diupdate. Moga anda ambil apa yang jernih buang apa yang keroh. Kuakhiri blog ni dengan satu kata2 hikmah. Wassalam.

"Allah menguji keikhlasan bila bersendirian. Allah memberi kedewasaan bila ada masalah. Allah melatih kesabaran dalam kesakitan..Allah tak pernah mengambil sesuatu yg kita SAYANG kecuali menggantikan dengan yang lebih baik"

1 kRiTiK:

aMrinA_rAsyAda said...

SALAM, AMMAR DH SAMPAI MESIR KE?TAK BERI KHABAR KAT KAKAK PUN,HUHU..NI RASMI LAPTOP BARU KE UTK UPDATE ENTRY KALI NI??CEE JIWANG EH ADIK KAKAK SORG NI,BERMADAH PUJANGGA LA PLK..TAK KU SANGKA..K MOGA SELAMAT DI MISRA, JGN BIAR BERKARAT DOK KT SANA, BELAJAR CUKUP2 TAHUN LA NOH, TAK HILANG LAGI RNDU KAMI KT AMMAR...HEHEHE..K SALAM

Related Posts with Thumbnails

Cursor