05 July 2011

TeNgOk sEmUt sAmPai jAdi uLaMa'

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبرك

Alhamdulillah, syukur sebab ada masa jugak kemaskini. Bukan ada masa, tapi mencuri masa. Kali ni exam berbaki 2 subjek lagi. Tauhid dan Qodhoya Fiqhiyah Muasoroh. Lepas tu, lepas itu, kita enjoy! Eh, bukannya enjoy pun, cuma bercuti musim panas. 3 bulan tu. Tapi perancangan sentiasa diatur supaya tak dihabiskan masa macam tu ja.

Entri kali ni cuma nak berkongsi isi dari ceramah yang aku dengar sewaktu ceramah al-Fadhil Ustaz Nazrul Nasir di Rumah Kedah hari tu. Banyak yang aku dapat. Tapi sempena imtihan ni, aku rasa sesuai aku cerita pasal ini. Pasal semut. Semut makhluk Allah yang sangatlah hebat, hatta dijadikan antara nama surah2 dalam Al-Quran. Al-Naml.
Satu kisah bagaimana seorang yang pernah gagal banyak kali dari peperiksaan, boleh menjadi sangat hebat dalam sejarah hidupnya. Salah seorang yang pernah digelar al-Imam Akbar, Sheikhul Azhar suatu ketika dulu pernah gagal dalam peperiksaannya di universiti tersebut. Selepas beliau gagal dalam peperiksaan, beliau sangat kecewa dan terus balik ke kampung halamannya.

Kekecewaan itu tak berhenti di situ. Allah takkan biarkan hambaNya begitu saja. Lalu Allah hidayahkan kepada seekor semut untuk memberi motivasi kepada beliau. Nak dijadikan cerita, beliau melihat seekor semut yang menaiki tempat tinggi banyak kali, berkali-kali. Namun tetap juga tak berjaya sampai ke puncak. Diperhatikan beliau, sebanyak 23 kali semut itu mendaki. Akhirnya dengan izin Allah, semut tersebut berjaya sampai ke kemuncak.
Dari situ, beliau mendapat satu motivasi buat diri. "Kegagalan pendorong kepada kejayaan" Berbekalkan semangat dari Sang Semut tersebut, beliau mempunyai azam yang baru. Terus kembali ke al-Azhar, kembali semula belajar dengan bersungguh-sungguh sehinggalah beliau menjadi seorang yang paling tinggi dalam jawatan di Universiti Al-Azhar tersebut.

Kesimpulan di sini, biarlah kita gagal berapa kali pun dalam sepanjang hidup kita, tetapi yang penting jangan berputus asa. Kalau putus asa, habis. Macam kes2 di Jepun. Asal gagal ja, bunuh diri. Nauzubillah. Jadi, bagi yang pernah gagal tu, teruskan berusaha. Allah bukanlah memberi kita gagal, cuma menangguh kejayaan. Antara hikmah itu mungkin menyebabkan hambaNya akan lupa setelah dia berjaya. Ok.

Sekian. Assalamualaikum.. =)

3 kRiTiK:

Anonymous said...

Bagus artikel ni. izin copy paste..

albanaT said...

hebat pengajaran dia!

Anonymous said...

semut:
"i have not failed,i just found twenty three ways that wont work"

Related Posts with Thumbnails

Cursor