19 October 2011

MeMbiNa PeRibaDi keTiKa mAkAn

Dalam Usul 20 Imam Hassan Al-Banna menyusun,

Pertama: Islam adalah menyeluruh, mencakup semua bidang hidup; Islam adalah negara dan watan atau pemerintah dan ummat. Akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Pengetahuan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman. Kebendaan dan harta atau usaha dan kekayaan. Jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah. Akidah yang benar dan ibadat yang sah.

Dari sini kita boleh lihat, Islam sangat menitikberatkan segala urusan. Kali ini, ana mengajak pembaca untuk menghayati satu hal yang mungkin dianggap kecil iaitu makan. 5 point saja yang ana bawakan. Kalau ada masa lagi, insyaAllah akan menyusul bahagian kedua.

Membina Peribadi Ketika Makan

1. Tunggu Orang Yang Paling Tua

"Kalau ada ayah, suapan pertama hendaklah dimulakan oleh Ayah. Kalau tidak ada Ayah, Emak dulu. Rahsia di sebaliknya, bila dikekalkan begitu selama tiga bulan, akan tumbuh di hati anak rasa hormat kepada yang lebih tua walaupun di luar pandangan kita.

"Diceritakan bahawa Saidina Hasan dan Saidina Hussein tidak akan makan selagi mana Ayah(Saidina Ali) dan Emaknya(Saidatina Fatimah) memulakan dahulu."

2. Baca Bismillah Dan Guna Tangan Kanan

"Anak kita tidak akan sanggup untuk memasukkan makanan ke mulut atau memegang sesuatu yang bukan haknya. Yang biasa dia ambil masuk ke mulut dengan nama Allah dan biasa memegang yang halal dengan tangan kanan. Melalui amalan yang mudah ini, roh kita dimonitorkan oleh syariat."

3. Niat melakukan Ibadah.

"Ajarkan kepada anak-anak ketika makan dengan menerangkan niat makan. Bukan niat untuk hilangkan lapar sahaja. Tetapi niat untuk mendapat pahala sekali. Apa niatnya? Niatkan supaya Allah kuatkan tubuh badan supaya mudah melakukan ibadah kepada Allah, Pemberi Rezeki. Bukan bila lepas makan, menjadi malas pula.

4. Duduk dengan mengikut Sunnah Nabi.

"Cara duduk Nabi kita, Muhammad SAW ketika makan ialah dengan cara mengangkat lutut kanan. Kenapa sahabat-sahabat? Antara hikmahnya adalah agar perut cepat kenyang. Ia berpunca daripada kerapatan peha kita dengan perut sebelah kanan. Ini akan menyempitkan perut dan membuatkan kita akan mudah kenyang. Apabila kenyang, maka kuranglah makan. Apabila kurang makan, maka perut akan sihat sebab banyaknya penyakit berpunca daripada perut."

5. Ambil Lauk Terdekat Dulu

"Bagi cubitan lauk yang pertama, ambil yang paling dekat. Kenapa? Melatih sabar. Kali kedua jika hendak ambil yang jauh tak mengapa, itu dikira usaha ikhtiar untuk dapat yang lebih baik. Ia mempengaruhi corak kehidupan dan corak kita bekerja. "Kalau ayah atau ibu hendak membina sifat penyayang, ambil lauk yang pertama letak di pinggan anak. Memang anak akan rasa lain. Kalau dia tak mahu lauk itu tak mengapa tapi kita memberi tu yang mustahak. Kalau kita buat macam itu, dia juga akan jadi macam itu pada orang lain."

6. Membasuh pinggan Ayah dan Emak

"Untuk mengajar kita menghormati Ayah dan Mak dan mengutamakan segalanya di atas kesenangan hati Ayah dan Mak kita, antara caranya adalah membasuh pinggan yang mereka makan. Kita sebenarnya tidak tahu isi hati Emak Ayah kita. Mana la tahu kan, dengan cara itu, mereka senang bersama kita. Allah akan suka dengan kita kalau kedua Mak Ayah kita suka dengan kita. Latihkan dalam diri dengan mengatakan segala suruhan Ayah dan Mak kita tu sebagai tanda kita khidmat dengan mereka"

Sumber

0 kRiTiK:

Related Posts with Thumbnails

Cursor