Ustaz.. Boleh tak terangkan berkenaan puasa Asyura’? Bila
puasanya? Saya dengar 9 & 10 Muharram. Ada yang bagitau saya 11 pun sunat
puasa. Bagaimana yang terbaik? Apa lagi amalan baik di hari Asyura? Syukran.
Jawapan:
Kita akan berjumpa hari Asyura’ (عاشوراء) sekali lagi. Di bawah ini saya nyatakan
beberapa hukum yang disebutkan oleh para Fuqaha' berkaitan Asyura’.
1. Bilakah Asyura’?
Pendapat pertama : Ibn Abbas Radhiyallahu 'Anhuma
berpendapat Asyura’ adalah pada 9 Muharram. Pendapat kedua : Jumhur Fuqaha'
berpendapat Asyura’ adalah pada 10 Muharram.
2. Bila Sunnah Puasa?
Sunnah berpuasa seluruh bulan Muharram. Ini kerana ia termasuk
salah satu daripada bulan-bulan haram.Sunnah muakkadah (yang sangat dituntut)
berpuasa pada 10 Muharram (hari Asyura’).Sunnah juga berpuasa pada 9
Muharram.Sunnah juga berpuasa pada 11 Muharram.Sunnah juga berpuasa 1-10
Muharram menurut sebahagian Fuqaha'.
3. Kelebihan berpuasa pada 10 Muharram?
Diampunkan dosa setahun yang lalu (hadis sahih riwayat Imam
Muslim).Pada hari tersebut Nabi Musa diselamatkan daripada Fir'aun. Maka puasa
tersebut adalah sebagai tanda kesyukuran*. Ummat Islam lebih berhak berpuasa
daripada Yahudi (yang juga berpuasa pada Asyura’) kerana aqidah yang sama
dengan Nabi Musa.
* ia juga dalil bahawa Islam membenarkan sambutan diadakan
untuk mensyukuri sesuatu perkara setiap tahun. Oleh kerana itu juga, maka
sambutan maulid dibenarkan di dalam Islam sebagai tanda kesyukuran.
4. Mengapa pula puasa pada 9 Muharram?
Hadis Nabi yang bermaksud: Jika aku hidup pada tahun
hadapan, aku akan berpuasa pada hari kesembilan. Namun baginda telah wafat pada
tahun berikutnya.Membezakan dengan amalan orang Yahudi.Ihtiyath (berhati-hati).
Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari Asyura’.Termasuk
bulan-bulan haram.Termasuk 10 hari pertama Muharram yang disunnahkan berpuasa
oleh sebahagian Fuqaha'.
5. Hikmah berpuasa pada hari 11 Muharram?
Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap,
kita tetap dapat berpuasa pada hari Asyura’.Termasuk bulan-bulan haram.
6. Apakah amalan terbaik selain berpuasa pada hari Asyura’?
Meluaskan rezki (berbelanja makanan, minuman, menggembirakan
kanak-kanak dan kaum keluarga).
7. Apakah kelebihannya?
Dilapangkan oleh Allah rezekinya selama setahun.*
* Hadis diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dan Attabrani dengan
pelbagai sanad. Imam Baihaqi menyebutkan, sanad-sanadnya dhoif, tetapi apabila
dihimpunkan kesemuanya maka ia menjadi kuat.
8. Apakah yang dilakukan oleh para salafussoleh pada hari Asyura’?
Disebutkan di dalam nota kaki kitab Fathul 'Allam oleh
Syaikhuna Muhammad Alhajjar, menakalkan kitabAlmadkhal oleh Ibnul Hajj, para
salafussoleh tidak akan melalui musim-musim ini melainkan dengan banyaknya
ibadah, sedekah, berbuat kebajikan dan meraih kelebihannya, bukanlah dengan
makan dan minum, bahkan bersegera menambahkan sedekah dan berbuat baik.
9. Apakah contoh amal kebaikan yang digalakkan oleh para
ulamak untuk dilakukan pada hari tersebut?
Apa jua amalan kebajikan baik dilakukan pada hari yang mulia
tersebut. Antara yang diajarkan oleh para ulamak adalah bersiwak, bercelak,
berwangi-wangi, mengusap kepala anak yatim, menziarahi orang soleh dan para
ulamak.
10. Ada tak doa yang ulamak dahulu amalkan pada hari
tersebut?
Ada. Sila klik gambar untuk pembesaran.
![]() |
| Doa Hari Asyura' |
Do'a dibaca pada hari Asyura’ iaitu 10 Muharam.
11. Apa hukumnya merobek pakaian, meronta-ronta dan memukul
badan seperti mana yang dilakukan oleh Syi'ah pada hari Asyura’ meratapi
pemergian Sayidina Hussien?
Hukumnya haram. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu
hadis daripada Sayyidina Ibn Mas'ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Bukanlah daripada kalangan kami orang yang memukul dada, mengoyak kain
dan menyeru dengan seruan jahiliyyah (yakni meratap seperti ratapan kaum
jahiliyyah)."
Wallahu A'lam




1 kRiTiK:
tq :) gud info..
Post a Comment