07 January 2012

BaHanG iMtiHaN KiAn diRaSai

Kenangan 11-11-11 di Masjid Sultan Hassan
Assalamualaikum WBT..

Maaf sahabat2 sekalian. lama tak update dengan penulisan sendiri. Dok copy and paste ja. tapi aku copy yang bermanfaat la sebab tak sempat nak menulis walaupun nama blog dah pena. This is my first entry in 2012. Selamat Tahun Baru.

*Jadual Peperiksaan*

Di kesempatan ni, aku postkan Jadual Peperiksaan aku di Universiti Al-Azhar untuk Semester Pertama, aku sebagai Mahasiswa Tahun Dua dalam Fakulti Syariah dan Undang2 dalam jurusan Syariah Islamiyah.

Subjek paling aku bimbang untuk sem ni adalah Qodhoya Fiqhiyyah Muasoroh dalam Bab Muamalat. Mengkaji dan mengaji berkaitan permasalahan hukum semasa. Bab Kad Kredit dan bermacam jenis kad, Bab Sewa Beli, mengaji bermacam jenis akad dan banyak lagi. Akad nikah ja belum lagi. heheh.. Moga Allah permudahkan aku dalam menjawab maddah ni.

Kalau waktu Mesir, aku mula periksa jam 1.30 tengahari. Jadi bersamaan 7.30 malam Malaysia.

Doakan aku najah dalam exam ni ya..!

*Cabaran*

Satu lagi cabaran adalah Musim Syita'.. yakni musim sejuk. sejuk membeku.

Aku nak kongsi satu hadis Nabi SAW berkaitan Winter Season ni,


"Diriwayatkan bahawa Sayyidina Ibnu Mas'ud berkata: 
Selamat datang wahai musim sejuk yang turun padanya keberkatan, dipanjangkan malamnya untuk berqiamullail, dan dipendekkan siangnya untuk berpuasa.'' 

Sodaqo Rasulullah SAW...

*Current Issue*

Isu semasa yang hangat sekarang, setakat perkembangan aku la melalui Internet ni, antaranya berkaitan
1.Isu Mahasiwa; Nur Amalina, Adam Adli, Safwan Anang.
2.Kalau isu politik di Kedah adalah Bangunan Madrasah Solihiah.
3.Politik Malaysia pulak, isu akan ada Perhimpunan 901. tarikh tu lah aku mula periksa.
4.Team gergasi banyak yang kalah termasuk MU aku, kalah 3 kali berturut-turut. =(
5.Ustaz Azhar Idrus yang 'meletup' sekarang ni. pujian dan fitnah.
6. Dan sebagainya..
Teringin juga untuk mengupas isu ni, tapi memandangkan periksa pun lagi 3 hari, tak sempatlah.

Sekian untuk aku menggunakan PeNa SuFi untuk menulis kali ni.

*Doa*

Ayah, Mak dan adik beradik, sahabat2 aku sekalian, ku harapkan doa kamu semua. 'Doa adalah senjata orang beriman'   'Berusaha, Doa, Tawakkal'

"Ya Allah, Engkaulah Maha Pendengar dan Maha Mengasihani, 
Kau kabulkanlah doa kami agar kami berjaya dalam segala urusan di dunia mahupun di akhirat, 
Kau ampunilah dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami, dosa para guru2 kami, kasihanilah mereka sepertimana mereka kasihkan kami ketika kami kecil.. amiin ya Rabb."


Jadual Peperiksaan aku. klik gambar sambil tekan button ctrl
Friday, 7.20pm
7th District, Madinet Nasr,
Cairo, Arab Republic of Egypt.
Related Posts with Thumbnails

Cursor